Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3634-10
Bandingkan
Artis Budaya Gred B1 bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai Artis Budaya dalam persembahan PENTARAMA secara profesional, merancang, melaksana dan menyediakan laporan berkaitan persembahan bersesuaian dengan kehendak jabatan. Menguruskan aktiviti persembahan termasuk menyediakan tarian, nyanyian dan lakonan untuk persembahan dengan cekap dan berkesan dalam kumpulan Bakat dan Seni
Tugasan
Bertanggungjawab menjalankan tugas dalam bidang tarian, nyanyian, lakonan dan penyampaian mesej untukpersembahan serta menjalani latihan tarian di bawah pengawasan jurulatih.
Bertanggungjawab memahami tarian, nyanyian, lakonan dan penyampaian mesej supaya sentiasa mengikut piawaian jabatan.
Bertanggungjawab mematuhi jadual latihan yang disediakan oleh Ketua Artis Gred serta menjaga disiplin dan imej jabatan sama ada di studio atau sewaktu persembahan luar.
Bertanggungjawab meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan isu- isu semasa, dasar kerajaan dan juga kempen-kempen yang dijalankan oleh pihak jabatan.
Menjaga imej dan personaliti kendiri sebagai Artis Budaya kerajaan serta menjaga prestasi, stamina dan bentuk badan supaya sentiasa berada pada tahap piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan.
Bertanggungjawab menjaga peralatan di bawah kawalan (prop/ kostum/ busana) semasa di studio dan juga ketika melakukan tugasan luar.
Menjayakan persembahan tarian di dalam dan di luar negara serta memainkan peranan sebagai Penari Demonstrasi dalam experimentari.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam membuat perancangan dan menyediakan laporan yang berkualiti.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan menganalisa mesej atau dasar kerajaan untuk diterjemahkan dalam bentuk persembahan pentas.
Berkebolehan mereka cipta bentuk tarian atau idea baharu tarian.
Berpengetahuan luas dalam bidang seni hiburan tanah air.
Mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan peka terhadap keperluan hiburan semasa.
Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kerjaya sebagai penari atau pereka tari (koreografer).
Mempunyai minat mendalam dalam menjayakan aktiviti seni dan pementasan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.