Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3632-13
Bandingkan
Pereka Gred B6, B7 bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja reka bentuk grafik dan multimedia, pameran dan publisiti luar ke atas kempen-kempen kerajaan dalam bentuk visual dan paparan bagi kerja yang berkaitan dengan seni dalam usaha memasarkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Bertanggungjawab dalam mencipta rekaan untuk persembahandan props produksi. Menyelaras, merancang, menyedia reka bentuk bahan- bahan penerbitan dan trofi FINAS. Bertanggungjawab memastikan pentas persembahan, persiapan upacara sambutan ketibaan tetamu serta menyelaras bahan promosi ke negeri-negeri, di majalah, radio dan Majlis Sidang Media
Tugasan
Mengawal selia anggota dan organisasi di peringkat bahagian dan cawangan serta menyediakan keperluan kewangan belanjawan tahunan bagi membiayai sepenuhnya strategi, program dan aktiviti bahagian dan cawangan.
Membantu menentukan perolehan dan belanjawan tahunan dilaksanakan mengikut jadual dengan berkesan serta menyediakan spesifikasi perolehan dan perkhidmatan dengan cepat, tepat dan berkesan.
Menyediakan input kepada laporan-laporan aktiviti bulanan/tahunan unit serta laporan kerja unit dan pelbagai kertas kerja yang diarahkan.
Membuat kajian terhadap kaedah dan teknologi terkini dalam bidang komunikasi visual bagi meningkatkan kualiti hasil kerja.
Membantu merancang, mencipta, mereka bentuk dan mereka letak konsep pameran, grafik, multimedia dalam pelbagai persembahan dan bahan komunikasi visual yang menepati objektif dan strategi jabatan.
Menyelia, menyelaras dan mengurus bahan/ aktiviti yang berkesan dan inovatif bagi menyokong kempen, program dan aktiviti jabatan/ kementerian.
Memantau pemilihan dan penyuntingan bahan-bahan untuk produksi bahan-bahan komunikasi visual.
Menyelaras pemilihan gambar dan membuat cropping untuk penyediaan grafik, reka letak, pameran, paparan, billboard, kotak gambar dan bahan produksi multimedia.
Bertanggungjawab ke atas penggunaan dan keselamatan bahan dan alat kelengkapan kerja yang diamanahkan.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam aspek kepimpinan dan memberi khidmat cemerlang kepada pelanggan.
Berkebolehan dalam menulis laporan yang berkualiti.
Berkebolehan membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Berkebolehan memberikan pendapat, idea dan konsep secara profesional dengan baik.
Khusus
Berkebolehan bekerja pada bila-bila masa termasuk di luar waktu pejabat dan di luar kawasan.
Berkebolehan dalam bidang lukisan, ukiran, reka bentuk dan kreatif.
Mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang berkualiti dalam penghasilan produk.
Mempunyai kemahiran melukis, mewarna dan berkebolehan menggunakan komputer.
Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap kerjaya dalam aktiviti kesenian dan budaya.
Mempunyai minat mendalam dalam menyumbang kepada aktiviti seni dan pementasan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.