- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
36
Profesional Bersekutu Sosial, Kebudayaan, dan yang Berkaitan
Kumpulan Kecil
361
Profesional Bersekutu Sosial dan Keagamaan
Kumpulan Unit
3611
Profesional Bersekutu Kerja Sosial
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3611-09
Bandingkan
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S5
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S5 membantu merancang, menyelaras, melaksana dan memantau penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT), memperluaskan Skim Rondaan Sukarela (SRS), Tabika Perpaduan (TP) dan Taska Permata Perpaduan (TPP), mengumpul maklumat iklim perpaduan, mengesan isu-isu sensitif keagamaan, bertindak terhadap isu-isu yang boleh mengancam keselamatan negara, merangka dan melaksanakan program/aktiviti yang mampu mencegah, mencelah dan memulih keadaan yang menggugat keselamatan negara khasnya dan komuniti setempat amnya. Berusaha mempertingkatkan kesefahaman masyarakat setempat terhadap kepentingan integrasi nasional, patriotisme dan hubungan antara etnik berlandaskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Membantu Pegawai Pembangunan Masyarakat dalam memberi perkhidmatan biopsikososial kepada pesakit semasa menjalani rawatan dan proses pemulihan serta membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi lebih produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
Tugasan
Membantu, merancang, melaksanakan, dan menyelia Rukun Tetangga (RT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS), termasuk penubuhan dan pembatalan di daerah.
Mengumpul maklumat Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM)/ Social Stress Index (SSI) melalui e-sepakat, internet, media cetak, dan elektronik.
Membantu mengenal pasti isu yang boleh mengancam keselamatan negara dan perpaduan.
Melaksanakan aktiviti kejiranan dan program Pendidikan Perpaduan di komuniti setempat.
Mengesan isu konflik komuniti dan membantu menyelesaikannya melalui Mediasi Komuniti.
Mengesan isu sensitif agama dan menganalisis Indeks Toleransi Agama.
Merancang dan melaksanakan aktiviti Kelab Rukun Negara (KRN), Sekretariat Rukun Negara (SRN), dan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)di sekolah dan IPTA/IPTS.
Membantu meningkatkan kesefahaman antara etnik, isu agama, kewarganegaraan, bahasa, hak bumiputera, dan institusi Raja-Raja Melayu.
Membantu pendaftaran pesakit, menyimpan rekod, temu bual, dan lawatan rumah untuk menilai sokongan dan merancang discaj.
Memberi pendidikan kesihatan, sokongan emosi, mengurus kes rujukan terapi, bantuan kewangan, alat tiruan, penempatan sementara, dan menghadiri ward round.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan dialek lain.
Berkebolehan menjalinkan jaringan dan kerjasama dengan agensi kerajaan dan pihak swasta.
Berkebolehan menulis laporan reaksi atau risikan yang berkualiti.
Berkebolehan menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan dengan jelas kepada komuniti setempat.
Berkemampuan untuk mengumpulkan khalayak pelbagai kaum dalam program atau majlis.
Berkeupayaan bertindak sebagai mediator komuniti dalam menyelesaikan konflik.
Khusus
Kebolehan mengendalikan pengoperasian Skim Rondaan Sukarela (SRS) mengikut peraturan yang ditetapkan.
Kebolehan mengesan, mengumpul, menganalisis dan mengenal pasti iklim perpaduan serta merancang langkah pencegahan.
Kemahiran dalam penggunaan perisian elektronik seperti e-RT, e-SRS, e-Tabika, e-Sepakat, e-IDRT dan Microsoft Word.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
3611-01
Pekerja Sosial
3611-02
Pegawai Kebajikan (Industri)
3611-03
Pegawai Parol (Profesional Bersekutu)
3611-04
Pegawai Perunding Cara (Profesional Bersekutu)
3611-05
Pekerja Sosial (Perubatan)
3611-06
Pekerja Pembangunan Masyarakat
3611-07
Pekerja Khidmat Masyarakat
3611-08
Pekerja Belia
3611-09
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S5
3611-10
Penolong Pegawai Psikologi Gred S5
3611-11
Penolong Pegawai Antidadah Gred S5
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.