Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
3315-05
Bandingkan
Penolong Pegawai Penilaian Gred W5 membantu memberi nasihat kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan agensinya mengenai perkara-perkara berkaitan dengan penilaian harta tanah, pembangunan dan pengurusan harta tanah.
Tugasan
Menjalankan semua aktiviti yang berkaitan dengan penilaian pelbagai harta tanah termasuk mengambil perbandingan, membuat lawatan dan pemeriksaan harta tanah, menyemak butir-butir hak milik dan perancangan, menyelidik maklumat dan menganalisis data, menyediakan pelan-pelan bangunan, lokasi, perbandingan dan aktiviti lain yang perlu, menyediakan laporan nilaian yang berkualiti dan melaporkan nilaian dalam had kuasa yang diberi.
Membuat lawatan dan pemeriksaan terperinci terhadap semua aspek harta tanah yang dinilai.
Melukis pelan tapak, pelan bangunan dan pengiraan luas serta menyediakan pelan tapak dan bangunan, pelan lokasi, pelan perbandingan.
Menyemak dan meluluskan kerja-kerja penilaian yang perlu atau sepertimana yang telah diarahkan seperti menyemak maklumat hak milik termasuk nombor dan jenis hak milik, keluasan tanah, jenis kegunaan tanah, syarat-syarat nyata, sekatan hak, sewa tahunan, penjualan terakhir dan sebagainya. Menyemak lokasi sesuatu harta tanah, pelan yang dipecah bahagi, pelan susun atur dan permohonan untuk tukar syarat dan status kelulusan.
Meneliti bantahan atau rayuan dan menyemak semula nilaian terdahulu.
Menganalisis data dari segi harga penjualan, nilai sewa, kos binaan bangunan, harta pertanian, hasil tanaman, kos penyelenggaraan, harga jualan, harta tanah khas, pendapatan, perbelanjaan,keuntungan, kadar penghunian, sewaan semasa, tempoh penyewaan, kos binaan, kapasiti tangki dan sebagainya.
Menjalankan kajian, kerja-kerja penyelidikan dan mengemaskini maklumat secara berterusan.
Kemahiran
Asas
Berkemahiran menggunakan komputer.
Khusus
Kemahiran dalam penilaian harta tanah khas, loji dan jentera.
Pengetahuan dan kemahiran mengenal bahan-bahan binaan dan teknologi bangunan terkini.
Pengetahuan luas dalam bidang penilaian.
Pengetahuan luas dan kefahaman terhadap akta dan perundangan berkaitan harta tanah.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.