- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
33
Profesional Bersekutu Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
331
Profesional Bersekutu Kewangan dan Matematik
Kumpulan Unit
3313
Profesional Bersekutu Perakaunan dan Pengauditan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3313-08
Bandingkan
Penolong Juruaudit Gred W5 bertanggungjawab menjalankan pengauditan secara profesional, mengesahkan penyata kewangan, mengeluarkan sijil audit dan laporan berkaitannya, menyediakan laporan audit yang berkualiti, timely dan seimbang, menguruskan aktiviti pengauditan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.
Tugasan
Membantu Ketua Seksyen Audit dalam penyediaan Memorandum Rancangan Audit (MRA) dan program audit untuk projek pengauditan pengurusan agensi dan pengauditan pengurusan aktiviti/ prestasi yang dijalankan.
Menjalankan pengauditan pengurusan agensi dan pengauditanaktiviti/prestasi mengikut rancangan dan program audit yang telah ditetapkan.
Menyediakan kertas kerja pengauditan pengurusan agensi dan pengauditan aktiviti/ prestasi.
Membantu Ketua Seksyen Audit menyediakan pemerhatian audit dan laporan audit bagi pengauditan pengurusan agensi dan pengauditan aktiviti/ prestasi.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberi syor untuk penambahbaikan agensi yang diaudit.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional.
Khusus
Kebolehan dalam memahami undang-undang dan peraturan kewangan serta standard perakaunan dan pengauditan yang diterima umum.
Kebolehan menganalisa penyata dan laporan kewangan.
Kemahiran dalam bidang komputer.
Pengetahuan luas dalam bidang perakaunan, pengauditan dan prosedur pengurusan kewangan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.