- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
3
Juruteknik dan Profesional Bersekutu
Kumpulan Sub-Utama
31
Profesional Bersekutu Sains dan Kejuruteraan
Kumpulan Kecil
315
Juruteknik Kapal, Pesawat, dan Kereta Api
Kumpulan Unit
3152
Juruteknik Kapal/ Marin
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
3152
Bandingkan
Juruteknik Kapal/ Marin
Juruteknik Kapal/ Marin membaik pulih atau menservis enjin kapal/ marin di bengkel atau di atas kapal.
Tugasan
Membantu penyediaan maklumat dan dokumen dalam membangunkan program kursus latihan pelayaran (nautika): kejuruteraan marin mengikut piawaian yang ditetapkan.
Membantu dalam melaksanakan urusan dokumentasi pelaut.
Membantu dalam pengurusan peralatan bantuan pelayaran.
Melaksanakan pengurusan dokumen pendaftaran kapal dan bot.
Membaik pulih dan menservis enjin stim, petrol, diesel, dan enjin marin.
Memeriksa enjin untuk mencari kerosakan dengan menggunakan pelbagai alat dan perkakas.
Membuka sebahagian atau seluruh enjin untuk menggantikan atau membetulkan bahagian yang haus dan rosak.
Menghidupkan enjin dan memerhatikan prestasinya dengan mengambil bacaan meter seperti suhu, paras bahan bakar, dan tekanan minyak serta membuat pelarasan yang perlu untuk prestasi yang optimum.
Memeriksa, melaras dan melincirkan enjin secara berkala untuk memastikan enjin dalam keadaan baik..
Menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.