Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2542
Bandingkan
Profesional Permainan Digital dan E-Sukan menggabungkan pengetahuan artistik dan teknikal untuk memberi gambaran, merancang, membuat, menghasilkan, membangunkan kandungan digital yang memaparkan teks, grafik, animasi, pengimejan, audio dan video, dan jenis kandungan lain untuk permainan, VR/AR dan format media digital bukan linear lain-lain.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengatur penciptaan kandungan permainan untuk memastikan ia disiapkan tepat pada masanya dan mengikut bajet.
Mencipta rekaan, suasana dan jalan cerita permainan serta menentukan cara permainannya.
Mereka bentuk karya seni 2D/3D dan animasi untuk aset visual permainan.
Menggubah muzik, mencipta kesan bunyi dan mengintegrasikannya ke dalam permainan.
Membangunkan ciri-ciri dan fungsi permainan untuk meningkatkan pengalaman pemain.
Menguji permainan untuk mengesan dan menyelesaikan pepijat, gangguan, dan kesilapan lain.
Bekerjasama secara proaktif dengan ahli pasukan lain termasuk dari pelbagai kepakaran untuk menyelesaikan masalah.
Mengoptimumkan kandungan digital bagi prestasi dan kecekapan masa nyata.
Melaksanakan tugas yang berkaitan menggunakan alat penciptaan kandungan digital, enjin permainan dan teknologi berkaitan.
Meningkatkan pengetahuan dan menyelaraskan prestasi kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.