- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
252
Profesional Pangkalan Data dan Rangkaian
Kumpulan Unit
2522
Pentadbir Sistem Teknologi Maklumat
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2522-08
Bandingkan
Penyelaras BIM (Pemodelan Maklumat Bangunan)
Penyelaras BIM (Pemodelan Maklumat Bangunan) mengurus dan menyelenggara model 3D terperinci bagi projek bangunan dan infrastruktur bagi memastikan ketepatan serta konsistensi dalam semua dokumentasi reka bentuk dan pembinaan. Mereka menyelaras antara pelbagai disiplin, memudahkan kerjasama melalui platform Persekitaran Data Bersama (Common Data Environment), serta memastikan pematuhan terhadap Pelan Pelaksanaan BIM. Mereka juga menyokong prestasi dan keselamatan sistem IT yang berkaitan.
Tugasan
Membangunkan dan menyelenggara model Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) tiga dimensi menggunakan perisian standard industri.
Mengemas kini model BIM untuk mencerminkan semakan reka bentuk dan perubahan tapak.
Menyelaras elemen reka bentuk antara disiplin serta melaksanakan pengesanan perlanggaran untuk mengenal pasti dan menyelesaikan konflik.
Menghasilkan lukisan pembinaan dan menyemak output untuk penyerahan pada pelbagai peringkat projek.
Mengurus perkongsian fail digital, pertukaran model, dan kolaborasi menggunakan platform Persekitaran Data Umum (CDE).
Memastikan pematuhan kepada Pelan Pelaksanaan BIM (BEP) dan piawaian projek.
Mencadangkan penambahbaikan kepada aliran kerja penyelarasan BIM dan konfigurasi sistem.
Mendiagnosis dan menyelesaikan isu perisian, integrasi data, dan model serta menyokong sandaran dan pemulihan data bagi sistem BIM.
Kemahiran
Asas
Kebolehan untuk bekerja secara berdikari dan kerjasama dalam pasukan.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang berkesan.
Kemahiran organisasi dan pengurusan masa yang kukuh.
Pemahaman yang baik tentang teknologi terminologi pembinaaan dan lukisan teknikal.
Pemikiran kritis dan kebolehan membuat keputusan.
Khusus
Kecekapan dalam penggunaan platform Persekitaran Data Umum (CDE) untuk perkongsian model dan kolaborasi.
Kecekapan dalam perisian lukisan dua dimensi.
Kecekapan dalam perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).
Kecekapan dalam proses pengesanan perlanggaran dan tafsiran laporan penyelarasan.
Keupayaan dalam pengurusan data BIM termasuk organisasi pangkalan data, keselamatan data, dan integriti dalam persekitaran BIM.
Kompetensi dalam penciptaan dan pengurusan Model Perkhidmatan Gabungan Bersepadu (CCSM).
Kompetensi dalam reka bentuk sistem BIM, integrasi data, dan aliran kerja penyelarasan model.
Pengetahuan dalam pelaksanaan dan penyelenggaraan Pelan Pelaksanaan BIM (BEP).
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2522-01
Pegawai Sistem Maklumat
2522-02
Pegawai Sokongan Teknologi Maklumat
2522-03
Jurutera Sokongan Komputer
2522-04
Pakar Teknikal Teknologi Maklumat
2522-05
Arkitek Penyelesaian Pengkomputeran Awan
2522-06
Pakar Billing
2522-07
Jurutera Pereka Sistem (Teknologi Maklumat)
2522-08
Penyelaras BIM (Pemodelan Maklumat Bangunan)
2522-09
Pegawai Sistem Maklumat Geografi
2522-10
Jurutera Sokongan Perkhidmatan
2522-11
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F9
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.