- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
252
Profesional Pangkalan Data dan Rangkaian
Kumpulan Unit
2522
Pentadbir Sistem Teknologi Maklumat
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2522-01
Bandingkan
Pegawai Sistem Maklumat bertanggungjawab merancang, melaksanakan dan menyelenggara sistem maklumat dan infrastruktur IT sesebuah organisasi bagi memastikan operasi yang selamat, andal dan cekap. Peranan ini menyelia konfigurasi dan pentadbiran pelayan, rangkaian dan sistem berkaitan, memastikan integriti sistem, ketersediaan, sandaran dan pematuhan keselamatan siber, serta menyediakan sokongan teknikal dan penyelesaian masalah. Mereka juga menyelaraskan penyelesaian teknologi dengan objektif organisasi untuk menyokong prestasi operasi dan keperluan pengurusan data.
Tugasan
Menyelia dan menyelenggara rangkaian komputer, pelayan, dan perisian sistem.
Menilai, mencadangkan, dan melaksanakan penambahbaikan pada sistem maklumat dan konfigurasi rangkaian untuk memastikan keberkesanan.
Memantau prestasi sistem, log, dan perkhidmatan rangkaian untuk memastikan kebolehpercayaan.
Mendiagnosis dan menyelesaikan isu perkakasan, perisian, dan sistem.
Menguruskan sandaran, pelan pemulihan bencana dan protokol integriti data.
Melaksanakan dan mengurus platform pengvirtualan dan perkhidmatan berasaskan awan.
Mengkonfigurasi dan menyelenggara Active Directory, Group Policy, dan tetapan pentadbiran sistem lain.
Memberi sokongan teknikal, latihan, dan panduan kepada pengguna dan jabatan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan menyelesaikan masalah dengan pengetahuan tentang tadbir urus IT,piawaian keselamatan dan pelbagai tugasan.
Kemahiran berfikir secara analitikal dan kritis untuk menilai dan menyelesaikan isu teknikal.
Kemahiran dalam alatan IT biasa,Microsoft Office dan pemantauan sistem.
Komunikasi yang berkesan,kerja berpasukan dan mendengar secara aktif yang berkesan.
Pemahaman yang kukuh tentang sistem pengkalan data dan infrastuktur IT.
Khusus
Kepakaran dalam bahasa skrip untuk automasi sistem.
Kepakaran dalam pentadbiran rangkaian dan sistem, termasuk pemasangan, konfigurasi, dan penyelesaian masalah.
Kepakaran dalam platform pengkomputeran awan.
Pengetahuan dalam mereka bentuk infrastruktur teknologi maklumat (IT) yang boleh diskalakan dan cekap.
Pengetahuan dalam pemantauan keselamatan siber dan pematuhan.
Pengetahuan dalam pengurusan dan pengoptimuman pangkalan data.
Pengetahuan dalam prosedur sandaran, pemulihan bencana, dan kesinambungan perniagaan.
Pengetahuan dalam teknologi pengkontenaan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2522-01
Pegawai Sistem Maklumat
2522-02
Pegawai Sokongan Teknologi Maklumat
2522-03
Jurutera Sokongan Komputer
2522-04
Pakar Teknikal Teknologi Maklumat
2522-05
Arkitek Penyelesaian Pengkomputeran Awan
2522-06
Pakar Billing
2522-07
Jurutera Pereka Sistem (Teknologi Maklumat)
2522-08
Penyelaras BIM (Pemodelan Maklumat Bangunan)
2522-09
Pegawai Sistem Maklumat Geografi
2522-10
Jurutera Sokongan Perkhidmatan
2522-11
Pegawai Teknologi Maklumat Gred F9
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.