- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
16
Pengurus Perkhidmatan
Kumpulan Kecil
161
Pengurus Perkhidmatan Profesional
Kumpulan Unit
1618
Pengurus Harta
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1618
Bandingkan
Pengurus Harta
Pengurus Harta mengendalikan yuran yang dikenakan ke atas hartanah dan meningkatkan nilai pelaburan hartanah tersebut dengan mengendalikan pengurusan hartanah, dan memantau prestasi harta komersil atau kediaman yang mendatangkan pendapatan untuk memastikan pelaburan hartanah mencapai hasil yang dijangkakan.
Tugasan
Mengendalikan operasi kewangan bagi harta dan memastikan sewa dipungut, dan juga memastikan gadai janji, cukai, premium insurans, gaji, dan bil penyelenggaraan dibayar tepat pada masanya.
Menyelia penyediaan penyata kewangan dan laporan berkala kepada pemilik tentang status harta, kadar penduduk, tarikh luput pajakan, dan hal lain.
Merundingkan kontrak dengan perkhidmatan penjagaan bangunan, keselamatan, kawasan dan laman, pembuangan sampah, dan perkhidmatan lain.
Memantau prestasi kontraktor serta menyiasat dan menyelesaikan rungutan daripada penduduk dan penghuni apabila perkhidmatan tidak disediakan dengan sebaiknya.
Memahami dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan, memastikan amalan penyewaan dan pengiklanannya tidak berat sebelah, dan harta itu sendiri mematuhi semua peraturan dan kod bangunan kerajaan tempatan, negeri, dan persekutuan.
Menyediakan anggaran bajet.
Merancang dan mengawal penggunaan sumber dan pengambilan pekerja.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
1618-01
Pengurus Penyelenggaraan Harta
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.