- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
16
Pengurus Perkhidmatan
Kumpulan Kecil
161
Pengurus Perkhidmatan Profesional
Kumpulan Unit
1612
Pengurus Perkhidmatan Kesihatan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1612
Bandingkan
Pengurus Perkhidmatan Kesihatan
Pengurus Perkhidmatan Kesihatan merancang, mengawal dan menyelaras aktiviti perkhidmatan klinikal dan penjagaan kesihatan masyarakat di hospital, klinik, agensi kesihatan awam dan organisasi seumpamanya.
Tugasan
Mengarah dan mengurus keseluruhan perkhidmatan, kemudahan prasarana, organisasi atau pusat kesihatan.
Mengarah, menyelia dan menilai aktiviti perubatan, kejururawatan, teknikal, perkeranian, perkhidmatan, penyelenggaraan dan lain-lain personel.
Membangunkan, melaksanakan dan memantau standard prosedur, dasar dan prestasi kakitangan perubatan, jururawat, dan kakitangan teknikal dan pentadbiran.
Menasihati badan kerajaan bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan kebajikan, dan kemudahan prasarana.
Menguruskan pengambilan, pemilihan, penilaian, dan perkembangan kakitangan.
Memantau pengurusan harian organisasi, unit khusus, atau bidang perkhidmatannya.
Merancang dan melaksanakan dasar.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.