Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1611
Bandingkan
Pengurus Perkhidmatan Penjagaan Kanak-Kanak
Pengurus Perkhidmatan Penjagaan Kanak-Kanak merancang, mengawal dan menyelaras aktiviti perkhidmatan penjagaan kanak-kanak sebelum-sekolah, selepas-sekolah, dan di pusat penjagaan harian.
Tugasan
Menguruskan pelbagai program perkhidmatan sosial profesional untuk melindungi kanak-kanak dan keluarga termasuk perkhidmatan dan aktiviti yang berkaitan dengan penderaan kanak-kanak.
Membangunkan dan melaksanakan program-program untuk meningkatkan pembangunan fizikal, sosial, emosi dan intelek anak-anak kecil.
Merancang dan memantau pengurusan perniagaan, pengurusan prasarana, pengurusan sumber manusia, dan keperluan keselamatan kanak-kanak.
Merancang dan melaksanakan dasar.
Menyediakan anggaran bajet.
Berunding dengan pembekal, pelanggan, dan organisasi lain.
Merancang dan mengawal penggunaan sumber manusia dan pengambilan pekerja.
Menguruskan operasi harian.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.