- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
1
Pengurus
Kumpulan Sub-Utama
12
Pengurus Pentadbiran dan Komersil
Kumpulan Kecil
122
Pengurus Jualan, Pemasaran, dan Pembangunan
Kumpulan Unit
1222
Pengurus Pengiklanan dan Perhubungan Awam
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
1222
Bandingkan
Pengurus Pengiklanan dan Perhubungan Awam
Pengurus Pengiklanan dan Perhubungan Awam merancang, mengatur, memimpin, mengawal dan menyelaras aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam perusahaan dan organisasi, atau perusahaan yang menyediakan perkhidmatan yang berkaitan kepada perusahaan dan organisasi lain.
Tugasan
Merancang, mengarah dan menyelaras aktiviti pengiklanan dan perhubungan awam bagi perusahaan atau organisasi berkenaan.
Merundingkan kontrak pengiklanan dengan pegawai akhbar, stesen radio dan televisyen, pertubuhan sukan dan kebudayaan, dan agensi pengiklanan.
Merancang dan menguruskan program penerangan kepada pegawai undang-undang, media massa, dan orang awam tentang rancangan, pencapaian dan pandangan perusahaan, atau organisasi berkenaan.
Mengawal perbelanjaan dan memastikan sumber digunakan dengan cekap.
Menentukan dan mengarah operasi dan prosedur pentadbiran.
Merancang dan mengarah operasi harian.
Memantau pemilihan, latihan dan prestasi kakitangan.
Mewakili jabatan dalam urusannya dengan bahagian lain di dalam organisasi atau dengan badan luar.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.