Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1112-01
Bandingkan
Pegawai Kanan Kerajaan merujuk kepada pemimpin tertinggi sektor awam yang bertanggungjawab mengurus dan menyelia pentadbiran di peringkat persekutuan dan negeri, memberi nasihat strategik, serta memastikan pelaksanaan dasar, undang-undang dan program kerajaan berjalan dengan berkesan. Mereka memainkan peranan penting dalam mengurus institusi awam, menjamin akauntabiliti kewangan dan perundangan, memelihara keselamatan negara serta ketenteraman awam, menyampaikan perkhidmatan awam yang berkualiti, dan mewakili kerajaan dalam hubungan diplomatik serta antarabangsa. Tanggungjawab mereka juga merangkumi penyelarasan antara agensi, memberi nasihat kepada kepimpinan politik, serta memastikan tadbir urus dilaksanakan secara cekap, telus dan selaras dengan peruntukan undang-undang serta perlembagaan demi pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
Tugasan
Merancang, merumus dan melaksanakan dasar, strategi serta program kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.
Memberi nasihat strategik kepada kerajaan berkaitan dasar, undang-undang, kewangan, ekonomi dan pentadbiran.
Menyelaras, mengarah dan memantau pelaksanaan dasar serta aktiviti jabatan, agensi dan badan berkanun.
Mengurus pentadbiran organisasi awam termasuk perancangan, pengawalan dan penilaian prestasi operasi.
Memastikan akauntabiliti, ketelusan dan integriti dalam pengurusan kewangan awam melalui audit dan kawal selia.
Menggubal dan mengurus dasar fiskal, kewangan, perakaunan serta penyediaan dan pemantauan bajet kerajaan.
Menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam termasuk penguatkuasaan undang-undang serta pertahanan negara.
Menyampaikan dan memastikan keberkesanan perkhidmatan awam termasuk kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Mewakili kerajaan dalam hubungan diplomatik, rundingan antarabangsa serta melindungi kepentingan negara dan rakyat di luar negara.
Mengumpul, menganalisis dan menyebarkan maklumat serta data bagi menyokong perancangan dan penggubalan dasar negara.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.