Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
1111
Bandingkan
Penggubal Undang-Undang
Penggubal Undang-Undang menentukan, merumuskan dan mengarahkan dasar kerajaan persekutuan, negeri, serantau atau tempatan dan agensi kerajaan antarabangsa, dan membuat, mengesahkan, meminda atau memansuhkan undang-undang dan peraturan awam.
Tugasan
Mengetuai atau mengambil bahagian dalam prosiding badan perundangan dan majlis pentadbiran kerajaan kebangsaan, negeri, serantau atau tempatan atau dewan perundangan.
Menentukan, merumuskan dan mengarahkan dasar-dasar kerajaan persekutuan, negeri, serantau atau tempatan.
Membuat, mengesahkan, meminda atau memansuhkan undang-undang dan peraturan awam dalam rangka kerja berkanun atau perlembagaan.
Berkhidmat di lembaga pentadbiran kerajaan atau jawatankuasa rasmi.
Menyiasat perkara-perkara yang menjadi kebimbangan kepada orang ramai dan menjaga kepentingan kawasan pilihan raya yang mereka wakili.
Menghadiri fungsi dan mesyuarat komuniti untuk menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat, memahami pendapat umum dan menyampaikan maklumat mengenai rancangan kerajaan.
Berunding dengan penggubal undang-undang dan wakil-wakil kumpulan berkepentingan yang lain untuk mendamaikan pihak-pihak yang berbeza kepentingan dan untuk mewujudkan dasar dan perjanjian.
Mengarahkan pentadbir kanan dan pegawai jabatan dan agensi kerajaan dalam tafsiran dan pelaksanaan dasar kerajaan.
Mengurus, merancang, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.